Thursday, February 24, 2011

Etika khusus


ETIKA KERJA PEGAWAI MASJID


Etika imam/bilal/siak

i. Sentiasa memberi nasihat dan teguran dengan hikmah dan bersedia menerima teguran.
ii. Sentiasa menepati janji dan masa.
iii. Sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar.
iv. Sentiasa memelihara maruah diri, ahli keluarga dan organisasi.
v. Berpakaian kemas bersih dan sempurna mengikut keadaan tempat dan masa serta menutup aurat pada setiap masa.
vi. Memakai pakaian rasmi ketika bertugas.
vii. Mengutamakan maslahah dan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi.
viii. Menjaga kehormatan diri supaya disukai dan dihormati oleh masyarakat.
ix. Sentiasa peka kepada masalah dan keperluan masjid serta ahli kariahnya.
x. Sentiasa dalam keadaan berwuduk ketika dalam masjid.
xi. Sentiasa manis muka.
xii. Bersedia meningkatkan ilmu dari masa kesemasa.
xiii. Berkerjasama bagi menjayakan semua aktiviti pengimarahan masjid.
xiv. Bersikap tidak memihak kepada mana-mana puak, kumpulan, jemaah dan parti politik yang bertelingkah sehingga membawa perpecahan.
xv. Peka terhadap kebersihan dan keceriaan masjid dan kawasan sekitarnya.
xvi. Pegawai hendaklah dalam menjalankan tugasnya berpandukan hokum fekah dan mengelakkan isu-isu khilafiah.

ETIKA JAWATANKUASA

i. Melaksanakan perbelanjaan masjid berdasarkan keputusan mesyuarat.
ii. Elakkan perebutan jawatan.
iii. Melaksanakan tugas mengikut prosedur peraturan dan undang-undang.
iv. Elakkan membawa isu-isu dalaman masjid kepada pihak luar/ mahkamah/ media massa yang boleh menjejaskan institusi masjid.
v. Hendaklah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut bidang masing-masing dengan bijaksana, cekap dan berkesan.

ETIKA BENDAHARI

i. Menguruskan kewangan, harta-harta masjid serta perolehan mengikut tatacara dan prosedur kewangan yang teratur.

PROSES MENYELESAIKAN MASALAH

Hendaklah memahami masalah (krisis) secara terbuka dan mencari jalan mengatasinya dengan menggunakan pendekatan yang bijaksana.

a. Sabar dan tidak melatah
b. Syura
c. Bersedia mendengar pendapat kedua pihak yang bertelingkah
d. Membuat keputusan secara adil

Tuesday, February 22, 2011

Etika Umum

Pengurus Masjid

i. Hendaklah seorang yang beriman, berilmu, berakhlak dan beramal soleh serta melaksanakan tugas dan amanah kerana Allah swt untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu, harmoni dan bersatu padu kearah mengekalkan masyarakat yang bertamadun

ii. Pengurus Masjid hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan Islam, undang-undang, peraturan serta kemahiran yang berkaitan supaya tugasnya dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

iii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan isu-isu yang boleh mendatangkan keresahan, ketegangan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

iv. Berusaha mengawal dan menjaga keharmonian masyarakat setempat daripada unsur-unsur dalaman dan luaran yang mencemarkankesucian Islam seperti:

a. perpecahan masyarakat
b. penyelewengan akidah
c. gejala sosial dan keruntuhan akhlak
d. kegiatan maksiat dan jenayah.

v. Mengutamakan maslahah dan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.

vi. Tidak boleh menggunakan harta benda masjid kecuali dengan kebenaran.

vii. Ditegah dari terlibat dengan kegiatan yang menyalahi akidah seperti tahayyul, khurafat, bidaah dan sebagainya.

viii. Ditegah dari terlilbat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang jenayah termasuk jenayah syariah.

ix. Pengurus masjid hendaklah sentiasa menghaati nilai-nilai murni dan sifat-sifat mahmudah (terpuji) antarnya ikhlas, penuh keazaman, amanah, tekun, cekap, semangat setiakawan dan menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah (tercela) antaranya takabbur, riya, bangga diri, wujud dan sebagainya.

x. Pengurus masjid hendaklah sentiasa memberikan layanan yang mesra kepada semua pihak yang berurusan tanpa memilih kasih.

xi. Taat setia dan patuh kepada arahan Majlis Jabatan Agama Islam.

xii. Memberi teguran dengan hikmah dan bersedia menerima teguran

xiii. Pengurus masjid hendaklah memastikan segala kegiatan masjid hendaklah dirancang dan dilaksanakan denga memberi keutamaan kepada waktu sembahyang.

xiv. Tidak melakukan perkara yang mencemarkan kesucian masjid seperti:

a. Makan minm di tempat solat
b. Bergaduh dan sebagainya

xv. Tidak membuat apa-apa keputusan yang menyentuh perkara dasar kecuali mendapat kelulusan daripada Majlis/Jabatan Agama/ pihak yang bertanggungjawab.

xvi. Jangan mengeluarkan apa-apa hukum atau pendapat yang boleh mengelirukan masyarakat (Etika Imam).

Pengertian / Takrif Pengurusan Masjid

Takrif Pengurusan Masjid:

i. Pentadbiran

Pentadbiran yang baik berdasarkan peraturan dan tidak melanggar peraturan yang sedia ada merangkumi bidang pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perolehan, pembangunan, keselamatan, pendidikan dan keceriaan.

ii. Pengimarahan

Pengimarahan ialah semua aktiviti yang di jalankan bagi tujuan memakmurkan masjid.

Pengurus masjid ialah jawatankuasa Kariah seperti yang diperuntukkan dalam kaedah Kariah (yang telah ditentukan oleh Majlis)

Pegawai masjid ialah imam, bilal, noja (siak).

Fungsi/Peranan Masjid

Fungsi:

i. Tempat Ibadah
ii. Tempat mencari ilmu
iii. Pusat kegiatan masyarakat
iv. Pusat rundingcara
v. Pusat Syura umat Islam

Peranan:

i. Menggerak dan menjalankan serta mengawal semua aktiviti keagamaan seperti syarahan agma, ceramah, muzakarah, dakwah, kursus, seminar, perhimpunan, taklimat dan majlis-majlis keagamaan dan sambutan hari-hari kebesaran Islam dari semasa ke semasa.

ii. Menjalankan daya usaha untuk mengekal, memperbaiki dan mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat Islam dan berusaha mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi orang Islam, serta melahirkan masyarakat bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Kod Amalan Pengurusan Masjid

Penafsiran Kod

i. Kod Bermaksud: tulisan, sistem, serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat.

ii. Amalan Bermaksud: sesuatu yang dilakukan sebagai sesuatu kebiasaan / perbuatan baik atau kebajikan.

Tujuan Kod Amalan Pengurusan Masjid

i. Untuk menjadikan kepimpinan masjid sebagai rujukan semua masyarakat

Objektif

Kod amalan ini disediakan bagi mencapai objektif berikut:

i. Untuk menyelaraskan tingkah kelakuan / akhlak (etika) yang mempunyai integriti dan diamalkan oleh semua jawatankuasa dan pegawai masjid bagi menjamin tindakan yang diambil sejajar dengan kehendak dan kepentingan masjid berdasarkan kaedah dan peraturan yang berkaitan.

ii. Untuk mewujudkan pengurus dan pegawai yang bersaksiah mulia profesional, akauntabiliti (bertanggungjawab), kompetitif (berdayasaing), dan berwibawa yang membawa kearah keunggulan serta kemantapan institusi masjid.

iii. Untuk memastikan masjid berperanan melahirkan masyarakat yang harmoni.

iv. Untuk mengekalkan institusi masjid sebagai tempat yang dihormati masyarakat dan sebagai pusat pembangunan insan dari segi rohani dan fizikal

v. Untuk menjadikan pengurus dan pegaai masjid sebagai pemegang amanah yang melaksanakan tugas dengan penuh berakhlak, dedikasi, bertatasusila, beradab, bersopan santun, berdisiplin dan bekerja secara "team work".

Nama Dan Pemakaian


Kod Amalan ini boleh dinamakan Kod Amalan Pengurusan Masjid dan hendaklah terpakai bagi semua pengurus dan pegawai masjid.

Tugas jawatankuasa telah diperuntukkan dalam kaedah Penggunaan Kod Amalan secara menyeluruh dan dipastikan supaya tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Rasional Kod Amalan Pengurusan Masjid

i. Meningkatkan persefahaman tentang amalan Kod Etika yang diberikan kepada Pegawai Masjid

ii. Meningkatkan kemahiran Pegawai Pengurusan Masjid.

iii. Memberi kesedaran betapa pentingnya tataccara yang baik semasa menjalankan tugas.

Template by:
Free Blog Templates