Thursday, April 14, 2011

BAHAGIAN 4: KELUAR DARI MASJID

Berdoa Ketika Hendak Keluar Masjid


فقد جاء في حديث السيدة فاطمة رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: (كان إذا دخل المسجد قال: باسم الله، والسلام على رسول الله، اللهم! اغفر لي ذنوبي، وافتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج قال: باسم الله، والصلاة والسلام على رسول الله، اللهم! اغفر لي ذنوبي، وافتح لي أبواب فضلك)

hadits riwayat Ahmad dan Ibn Majah

Maksudnya:
Diriwayatkan Dari Fatimah al-Zahra' RA katanya: Adalah Rasulullah SAW bila baginda masuk ke masjid baginda berdoa: "Dengan nama Allah dan kesejahteraan itu adalah ke atas Rasulullah SAW, ya Allah, ampunilah dosaku dan bukakanlah kepadaku semua pintu rahmat Engkau", dan bila baginda keluar baginda berdoa: "Dengan nama Allah dan kesejahteraan itu adalah ke atas Rasulullah SAW, wahai Tuhan, Ampunila dosaku dan bukalah kepadaku semua pintu kurniaanMu".

Keterangan:
Disunatkan bagi mereka yang masuk ke dalam masjid dengan mendahului laangkah kaki kanan dan keluar daripadanya dengan mendahului kaki kiri, serta membaca bismillah, selamat dan salam kepada junjungan Nabi SAW di samping memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT semoga dibuka pintu-pintu rahmat dan pintu-pintu kelebihan (kemapunannya) kerana dengan amalan seperti ini bukan sahaja mendapat rahmat daripada Allah SWT malah ia juga dapat mengawal diri daripada fitnah dan tipu daya syaithan.

Berdoa ketika selesai sembahyang



كان عراك بن مالك رضي الله عنه : إذا صلى الجمعة إنصرف فوقف على باب المسجد فقال: اللهم إني أجبت دعوتك. وصليت فريضتك. وانشرت كما أمرني. فارزقني من فضلك وأنت خير الواحمين... ورواه إبن حاتم

maksudnya:
Adalah 'Ura bin Malik RA apabila ia sembahyang jumaat dia berpaling (dia selesai) maka ia berhenti di pintu masjid sambil berdoa: "Hai Tuhanku! sesungguhnya aku telah memperkenankan panggilan Engkau dan aku telah sembahyangkan akan fardhu Engkau dan aku telah bertebaran di muka bumi sebagaimana yang Engkau suruh kepadaku, maka hendaklah Engkau beri rezeki kepadaku daripada limpah kurnia Engkau dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi rezeki"

Keterangan:
Sembahyang mengikut pengertiannya juga sebagai doa, tetapi jika seseorang itu ingin memohon sesuatu yang dihajati ada baiknya setelah selesai sembahyang diekori dengan beberapa ungkapan doa mengikut keperluan yang dipohon (yang dihajati), kerana kita sebagai hamba berusaha dan beroa, manakala pelaksanaan atau perkenan terhadap permohonan itu adalah tugas Allah SWT.

oleh itu, jika seseorang itu ingin berdoa dengan menggunakan lafaz yang diucapkan oleh baginda Rasulullah SAW bukan dengan maksud zikir, maka hendaklah ia memulakan puji-pujian dan selawat, sesudah itu baharulah ia memohon doanya (hajatnya).



Tanggungjawab Seudah Sembahyang


Allah SWT Berfirman:


فَإِذَا قُضِيَتِ الصّلاَةُ فَانتَشِرُواْ فِي الأرْضِ وَابْتَغُواْ مِن فَضْلِ اللّهِ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيراً لّعَلّكُمْ تُفْلِحُونَ

maksudnya:
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Keterangan:
Sembahyang itu suatu kewajipan, mencari rezeki juga satu tanggungjawab. kaum muslimin seolah-olah bersifat malaikat sewaktu berada di dalam masjid, berpuasa (tidak makan/minum), tidak mengumpat keji dan berbagai-bagai tetapi manusia tetap manusia, ia perlu tanggungjawab jasmaninya disamping mengisi keperluan rohaninya.

BAHAGIAN 5 : KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, masjid bolehlah diistilahkan sebagai institut ibadat dan pusat kebudayaan Islam di mana sahaja masjid didirikan ia adalah hak kaum muslimin. Dengan cara ini kewajipan menjaganya daripada unsur-unsur pencemaran dan mengawasi sebarang bentuk pencerobohan merupakan kewajipan dan tanggungjawab bersama.

Masjid merupakan rumah Allah SWT, setiap muslim adalah tetamu. Para tetamu berkewajipan mengetahui adab dan peraturan tempat yang aka ndikunjunginya. dengan peradaban dan tatatertib ini bukan sahaja dapat mengenal peribadi seseorang itu, malah ia juga dapat menjadikan amalan yang dikerjakan itu benar-benar menepati dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Template by:
Free Blog Templates