Thursday, February 24, 2011

Etika khusus


ETIKA KERJA PEGAWAI MASJID


Etika imam/bilal/siak

i. Sentiasa memberi nasihat dan teguran dengan hikmah dan bersedia menerima teguran.
ii. Sentiasa menepati janji dan masa.
iii. Sentiasa beramal dengan amalan-amalan yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar.
iv. Sentiasa memelihara maruah diri, ahli keluarga dan organisasi.
v. Berpakaian kemas bersih dan sempurna mengikut keadaan tempat dan masa serta menutup aurat pada setiap masa.
vi. Memakai pakaian rasmi ketika bertugas.
vii. Mengutamakan maslahah dan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi.
viii. Menjaga kehormatan diri supaya disukai dan dihormati oleh masyarakat.
ix. Sentiasa peka kepada masalah dan keperluan masjid serta ahli kariahnya.
x. Sentiasa dalam keadaan berwuduk ketika dalam masjid.
xi. Sentiasa manis muka.
xii. Bersedia meningkatkan ilmu dari masa kesemasa.
xiii. Berkerjasama bagi menjayakan semua aktiviti pengimarahan masjid.
xiv. Bersikap tidak memihak kepada mana-mana puak, kumpulan, jemaah dan parti politik yang bertelingkah sehingga membawa perpecahan.
xv. Peka terhadap kebersihan dan keceriaan masjid dan kawasan sekitarnya.
xvi. Pegawai hendaklah dalam menjalankan tugasnya berpandukan hokum fekah dan mengelakkan isu-isu khilafiah.

ETIKA JAWATANKUASA

i. Melaksanakan perbelanjaan masjid berdasarkan keputusan mesyuarat.
ii. Elakkan perebutan jawatan.
iii. Melaksanakan tugas mengikut prosedur peraturan dan undang-undang.
iv. Elakkan membawa isu-isu dalaman masjid kepada pihak luar/ mahkamah/ media massa yang boleh menjejaskan institusi masjid.
v. Hendaklah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut bidang masing-masing dengan bijaksana, cekap dan berkesan.

ETIKA BENDAHARI

i. Menguruskan kewangan, harta-harta masjid serta perolehan mengikut tatacara dan prosedur kewangan yang teratur.

PROSES MENYELESAIKAN MASALAH

Hendaklah memahami masalah (krisis) secara terbuka dan mencari jalan mengatasinya dengan menggunakan pendekatan yang bijaksana.

a. Sabar dan tidak melatah
b. Syura
c. Bersedia mendengar pendapat kedua pihak yang bertelingkah
d. Membuat keputusan secara adil

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates