Tuesday, February 22, 2011

Kod Amalan Pengurusan Masjid

Penafsiran Kod

i. Kod Bermaksud: tulisan, sistem, serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat.

ii. Amalan Bermaksud: sesuatu yang dilakukan sebagai sesuatu kebiasaan / perbuatan baik atau kebajikan.

Tujuan Kod Amalan Pengurusan Masjid

i. Untuk menjadikan kepimpinan masjid sebagai rujukan semua masyarakat

Objektif

Kod amalan ini disediakan bagi mencapai objektif berikut:

i. Untuk menyelaraskan tingkah kelakuan / akhlak (etika) yang mempunyai integriti dan diamalkan oleh semua jawatankuasa dan pegawai masjid bagi menjamin tindakan yang diambil sejajar dengan kehendak dan kepentingan masjid berdasarkan kaedah dan peraturan yang berkaitan.

ii. Untuk mewujudkan pengurus dan pegawai yang bersaksiah mulia profesional, akauntabiliti (bertanggungjawab), kompetitif (berdayasaing), dan berwibawa yang membawa kearah keunggulan serta kemantapan institusi masjid.

iii. Untuk memastikan masjid berperanan melahirkan masyarakat yang harmoni.

iv. Untuk mengekalkan institusi masjid sebagai tempat yang dihormati masyarakat dan sebagai pusat pembangunan insan dari segi rohani dan fizikal

v. Untuk menjadikan pengurus dan pegaai masjid sebagai pemegang amanah yang melaksanakan tugas dengan penuh berakhlak, dedikasi, bertatasusila, beradab, bersopan santun, berdisiplin dan bekerja secara "team work".

Nama Dan Pemakaian


Kod Amalan ini boleh dinamakan Kod Amalan Pengurusan Masjid dan hendaklah terpakai bagi semua pengurus dan pegawai masjid.

Tugas jawatankuasa telah diperuntukkan dalam kaedah Penggunaan Kod Amalan secara menyeluruh dan dipastikan supaya tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Rasional Kod Amalan Pengurusan Masjid

i. Meningkatkan persefahaman tentang amalan Kod Etika yang diberikan kepada Pegawai Masjid

ii. Meningkatkan kemahiran Pegawai Pengurusan Masjid.

iii. Memberi kesedaran betapa pentingnya tataccara yang baik semasa menjalankan tugas.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates