Tuesday, February 22, 2011

Etika Umum

Pengurus Masjid

i. Hendaklah seorang yang beriman, berilmu, berakhlak dan beramal soleh serta melaksanakan tugas dan amanah kerana Allah swt untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu, harmoni dan bersatu padu kearah mengekalkan masyarakat yang bertamadun

ii. Pengurus Masjid hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan Islam, undang-undang, peraturan serta kemahiran yang berkaitan supaya tugasnya dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

iii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan isu-isu yang boleh mendatangkan keresahan, ketegangan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

iv. Berusaha mengawal dan menjaga keharmonian masyarakat setempat daripada unsur-unsur dalaman dan luaran yang mencemarkankesucian Islam seperti:

a. perpecahan masyarakat
b. penyelewengan akidah
c. gejala sosial dan keruntuhan akhlak
d. kegiatan maksiat dan jenayah.

v. Mengutamakan maslahah dan kepentingan umum daripada kepentingan peribadi.

vi. Tidak boleh menggunakan harta benda masjid kecuali dengan kebenaran.

vii. Ditegah dari terlibat dengan kegiatan yang menyalahi akidah seperti tahayyul, khurafat, bidaah dan sebagainya.

viii. Ditegah dari terlilbat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang jenayah termasuk jenayah syariah.

ix. Pengurus masjid hendaklah sentiasa menghaati nilai-nilai murni dan sifat-sifat mahmudah (terpuji) antarnya ikhlas, penuh keazaman, amanah, tekun, cekap, semangat setiakawan dan menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah (tercela) antaranya takabbur, riya, bangga diri, wujud dan sebagainya.

x. Pengurus masjid hendaklah sentiasa memberikan layanan yang mesra kepada semua pihak yang berurusan tanpa memilih kasih.

xi. Taat setia dan patuh kepada arahan Majlis Jabatan Agama Islam.

xii. Memberi teguran dengan hikmah dan bersedia menerima teguran

xiii. Pengurus masjid hendaklah memastikan segala kegiatan masjid hendaklah dirancang dan dilaksanakan denga memberi keutamaan kepada waktu sembahyang.

xiv. Tidak melakukan perkara yang mencemarkan kesucian masjid seperti:

a. Makan minm di tempat solat
b. Bergaduh dan sebagainya

xv. Tidak membuat apa-apa keputusan yang menyentuh perkara dasar kecuali mendapat kelulusan daripada Majlis/Jabatan Agama/ pihak yang bertanggungjawab.

xvi. Jangan mengeluarkan apa-apa hukum atau pendapat yang boleh mengelirukan masyarakat (Etika Imam).

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates