Friday, January 16, 2009

dosa mendedahkan aurat

Allah berfirman di dalam Alquran:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur: Ayat 31).

Tambahan penjelasan bagi 12 Orang di atas

  1. suami mereka [tanpa batasan aurat],
  2. ayah mereka,
  3. ayah suami mereka (Mertua),
  4. putra-putra mereka (Anak2 lelaki),
  5. putra-putra suami mereka(anak2 tiri suami),
  6. saudara-saudara laki-laki mereka (Adik beradik)
  7. putra-putra saudara laki-laki mereka(Anak- anak lelaki kpd Abg atau adik),
  8. putra-putra saudara perempuan mereka(Anak-anak lelaki kpd Kakak atau adik),
  9. wanita-wanita Islam (wanita Muslimah),
  10. budak-budak yang mereka miliki(Hamba- hamba sahaya),
  11. pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
  12. anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita

*Aurat wanita Selain Dari orang yg 12 di atas adalah tidak boleh bersentuhan kulit, kedua belah tapak tangan dan muka.

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Kesimpulan, yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib. Contohnya:

  • tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
  • lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
  • kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
  • betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
  • kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting-anting di telinganya dan lain-lain.

Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates