Friday, January 16, 2009

peliknya kita

Peliknya kita...

Bola punya hal, pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal, ringan aje tubuh untuk bangun di waktu ayam pun tak bangun lagi. Tapi, pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat di waktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya kita..

Menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut menangis namun, berapa sgt kita yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg Esa? Berapa sgt kita yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan solehin?

Peliknya kita....

Sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk dimasukkan ke dalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya kita....

Gembira kita sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali kita apabila anak tak dpt masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol. namun, tak ramai dikalangan kita yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran dan tak ramai antara kita yg resah jika anak tidak tahu sujud kpd yg Esa.

Peliknya kita....

Sanggup bersesak-sesak, berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan. sedihnya.. program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari kita. Kita tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit saja.

Peliknya kita....

Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan.. dibuat peringkat antarabangsa tapi, dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan.. mana rasa tak elok untuk nafsu, baca aje dah le.

Peliknya kita....

Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai. . tak kira jantan betina detik saat jam 12, saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya.. tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan. ....

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates